Thursday, December 11, 2008

Majlis sambutan Maal Hijrah 1430H

Salam,

  1. Majlis sambutan Maal Hijrah 1430H akan diadakan pada 28 Dis (Ahad) 2008 bermula jam 6.30 petang.
  2. Sambutan akan diadakan di Surau fasa 6.
  3. Program yang telah diatur termasuklah membaca Doa Awal dan Akhir tahun, Solat Maghrib da Isya' serta Tahlil.
  4. Jamuan ada disediakan.
  5. Semua penduduk Islam fasa 6 berserta keluarga dijemput hadir.
  6. Semoga kehidupan kita di tahun ini dan tahun hadapan akan terus mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.

Sekian. Wassalam

Rahim

AJK BKMIE6

Tuesday, December 9, 2008

Nilai tudung wanita

Diambil dari Laman Web Darul Nu'man

  1. Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
  2. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
  3. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
  4. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
  5. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
  6. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
  7. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
  8. Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
  9. Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
  10. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
  11. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
  12. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
  13. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
  14. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
  15. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
  16. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
  17. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
  18. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam semua,

Badan Kebajikan Masyarakat Islam Fasa 6 Taman Impian Emas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga Solat Sunat dan ibadah Qurban yang dilakukan diterima Allah SWT.
Bagi yang balik kampung, pandu cermat agar selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Wassalam.

Rahim
AJK

Friday, December 5, 2008

Kelas Tambahan

Salam,

  1. Cikgu Laila (#4, Jln Bukit Impian 10) ada menyediakan kelas tambahan bagi anak-anak penduduk taman kita ini.
  2. Kelas tambahan ini adalah untuk pelajar Darjah 1-6, Tingkatan 1-5.
  3. Bagi Darjah 1- 6, matapelajarannya ialah BM, BI, Math dan Sains.
  4. bayaran untuk satu matapelajaran ialah RM 40.00. Walaubagaimanapun, bayaran untuk 3 matapelajaran ialah RM 100.00
  5. Untuk Ting. 1-3, kelas diadakan untuk matapelajaran BM, BI, Math dan Sains.
  6. Bayaran untuk 1 matapelajaran ialah RM 45.00 manakala 3 matapelajaran ialah RM 120.00.
  7. Ting. 4-5 pula, matapelajaran yang diajar ialah BM dan BI dan bayaran setiap matapelajaran ialah RM 50.00
  8. Selain bayaran untuk kelas tersebut, terdapat juga bayaran Pendaftaran sebanyak RM 20.00 dan bahan pembelajaran iaitu RM 10.00.
  9. Maklumat lanjut, sila hubungi beliau sendiri 012-7602446.

Wassalam.

Rahim

AJK

Menambah Ilmu

----- Original Message -----

Sent: Thursday, December 04, 2008 7:30 PM
Subject: Fwd: FW: Bencana Alam Terbesar

Forwarded email from saudara seagama……
Cerita ini saya telah mail sendiri ke Presiden Intitut Kajian Angkasa Malaysia , IKAM en Norul Ridzuan.

Ini jawapannya.Susah nak confirm..... ......... ..Sebab, memang berlaku perubahan orbit planet Marikh sehingga seolah-oleh kelihatan planet Marikh mengorbit pada arah bertentangan. Tetapi itu memang fenomena astronomi Marikh yang sudah dirakam oleh ahli-ahli astronomi yang menyatakan bahawa pada satu-satu masa memang berlaku suatu fenomena ke atas orbit Marikh sehingga ia kelihatan mengorbit pada arah bertentangan.Kemungkinan besar memang terdapat suatu planet atau beberapa planet dengan jisim yang besar mengorbit mengelilingi Matahari ataupun Sistem Suria dan sebuah lagi sistem planet lain berkongsi suatu pusat putaran. Jika ini berlaku, dan laluan objek berkenaan cukup hampir dengan Bumi, memang boleh berlaku perubahan besar pada satah putaran Bumi sehingga menterbalikkan kutub. Planet yang mungkin sudah mengalami kejadian ini adalah planet Uranus, sebab satah putarannya hampir bersudut tepat dengan satah putaran Sistem Suria. Sepatutnya satah putaran Uranus hampir searas dengan satah putaran Sistem Suria, macam planet-planet lain dalam Sistem Suria. Kemungkinan penyebabnya, adalah laluan sebuah objek yang berjisim besar hampir dengan Uranus. Jika ini berlaku pada Bumi, negara-negara yang hampir dengan khatulistiwa akan berada di kutub, dan kutub utara dan selatan akan berada di khatulistiwa, menyebabkan banjir besar.Planet merah boleh berlaku disebabkan tindakan geothermal melampau dalam planet itu disebabkan pengaruh tarikan graviti dari jisim yang besar objek yang lalu berhampiran planet itu, terutamanya jika planet itu cukup besar macam Jupiter. Mataharipun boleh bertukar menjadi "gergasi merah" (red giant) lebih cepat dari sepatutnya akibat gangguan melampau ke atas tindakbalas nuklear dalamnya disebabkan oleh pengaruh tarikan graviti jisim yang besar.Tapi kalau mana-mana perkara ini berlaku, kehidupan di Bumi akan pupus terlebih dahulu. Tidak ada manusia yang akan selamat untuk menyaksikan kejadian ini. Ust.Harun Din .. korang kenal kan ?? dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamt ... planet mrikh (planet ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept lpas. maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!! maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama... wassalam (sebar la bnde nih wehh smentara ade mase) untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan... mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan) AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2) untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube(nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUA K BAR l

ain-lain artikel tentang kiamat..... Kajian....ALLAH je mengetahui.. .. Assalamualaikum .... * a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066... * b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065..... * c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan K iamat Antara Tahun 2062-2066... * Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... K ita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri... Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. K iamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula....aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.. wallahu'alam bi sawab....

Mesyuarat BKMIE6 Dis 2008

Salam semua,

  1. Dah lama laman blog ni tak dikemaskini. Penulis agak sibuk pada bulan 11 kerana kerap bertugas di luar.
  2. Untuk makluman, malam tadi, 4 Dis 2008 bertempat di rumah Hjh Maimon, telah diadakan Mesyuarat AJK.
  3. AJK yg hadir ialah En Yusof (Pengerusi), Hjh Maimon, Hjh Laila (S/U), Cikgu Suhaimi, En Zain, En Zainuddin, En Hasbullah, Cikgu Rahim, En Basir, Dr. Raha, En Rodwan dan saya sendiri. Selain itu, Penghulu Mukim Tebrau dan Ketua Kampung Kempas (Taman kita termasuk jajahan takluknya..hehehe) turut dijemput oleh En Yusof bagi mendapatkan khidmat nasihat mereka.
  4. Sebelum mesyuarat bermula, kita turut sama berbincang dengan wakil kump. Wirid Khaujakan yg kebetulan ada di rumah Hjh Maimon berkenaan bagaimana program ini boleh diteruskan di taman kita. Walaubagaimanapun, tiada sebarang keputusan berkenaannya dibuat.
  5. Seterusnya, mesyuarat bersama penghulu dan ketua kampung berkisar kepada status badan kebajikan kita. Penghulu menekankan kepentingan badan kita ini didaftarkan agar kita tidak menghadapi masalah dengan pihak berkuasa.
  6. Oleh itu, penghulu memberi alternatif samada terus bergerak dibawah nama BKMIE6 dengan mendaftar dengan pejabat pendaftar pertubuhan, atau bernaung dibawah JKKP Kempas ataupun Perpaduan (KRP) Jabatan Perdana Menteri.
  7. Perkara ini pun belum diputuskan lagi, dan pandangan semua penduduk Islam di sini akan diminta.
  8. Satu Majlis Sambutan Maal Hijrah akan diadakan pada 28.12.08 di surau kita bermula jam 6 petang. Jamuan akan disediakan. Surat jemputan akan diedarkan minggu hadapan. Semua dijemput hadir agar kehidupan kita di tahun hadapan akan sentiasa mendapat keberkatan Allah SAW.

Wassalam

Rahim

AJK

Sunday, October 26, 2008

Majlis Hari Raya Perdana 1429H

Salam semua,



  1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana Majlis yang dirancang telah berjaya dilaksanakan.
  2. Terima kasih diucapkan kepada semua para hadirin yang sama-sama mengambil bahagian dan memeriahkan majlis ini. Sokongan sebegini yang akan terus menguatkan semangat AJK Badan Kebajikan untuk mengadakan aktiviti pada masa akan datang.
  3. Terima kasih juga kepada para penyumbang.
  4. Jumpa lagi di majlis yang akan datang.

Rahim

AJK

Thursday, October 9, 2008

Ziarah dan Marhaban Syawal 1429

Salam semua,

Rombongan Marhaban akan mula berziarah dari rumah ke rumah pada 11 Okt (Jumaat), selepas Maghrib. Rumah-rumah yang terlibat ialah rumah di jalan 5 dan 6 fasa 6A.
Jadi, diharap semua para Jemaah dan anak-anak supaya dapat berkumpul di Jalan 5 selepas Maghrib @7.30 mlm. Jamuan di akhir Marhaban pada malam itu ialah di rumah En Megat.
Selamat berziarah. Moga ikatan persaudaraan akan lebih erat.
Wassalam.

Rahim
AJK

Proton MPV...tak tau la betul ke tidak.....





thumb-up untuk proton. Dijangka berada di pasaran bulan Mac 2009.





Monday, September 29, 2008

Momento terawih 1429

Penyampaian sijil dan cenderahati kepada Imam. Kelihatan Mohd Zain (AJK), Azlan (Timb Pengerusi), Imam Fauzi dan Panji Alam.
Khusyuk betul brother kita Hasan.

Solat terawih di surau.





Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429 Hijrah

Salam,

Diucapkan Selamat Hari raya Aidil Fitri kepada semua penduduk yang beragama Islam Taman Impian Emas fasa 6. Semoga amalan kita sepanjang Ramadan diterima Allah dan segala kebaikan diteruskan sepanjang tahun.
Bagi memastikan sambutan Hari Raya tahun ini tidak disulami dengan insiden yang tidak diingini, ada beberapa tip yang mungkin membantu kita semua.
1) Pastikan kenderaan untuk perjalanan balik ke kampung/ ke mana jua destinasi telah diperiksa dan berkeadaan baik. Tayar, brek, lampu, enjin adalah antara komponen kenderaan yang mesti diperiksa.
2) Pastikan rumah berkunci dan semua suis elektrik dimatikan (kecuali yang perlu sahaja seperti untuk peti sejuk).
3) Isikan borang 'Rondaan Polis' yang telah diedarkan di surau supaya keselamatan rumah tuan/puan terjamin.
4) Jika ada jiran yang tidak pulang berhari raya (tinggal di taman), minta jasa baik mereka untuk sekali-sekala menjenguk rumah kita.
5) Semasa berada di jalan raya, sentiasa patuhi had laju dan memandu secara berhemah, bak kata pepatah 'Biar lambat, asal selamat'.
6) Dalam keadaan ekonomi yang kurang baik, kawallah perbelanjaan semasa hari raya ini.
7) Jangan biarkan anak-anak kita membeli barangan yang tidak berfaedah seperti mercun, galakkan mereka untuk menyimpan duit raya yang diterima.

Sekian.

Sekali lagi, Badan Kebajikan Masyarakat Islam Taman Impian Emas fasa 6 (BKMIE6) mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.

Rahim
AJK

Tuesday, September 16, 2008

Suami , isteri dan cermin......

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteriorang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di ataspokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanandi hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buahhutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedangmencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balikcermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk kebilik dan melihat cerminnya.
Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk jebilik tu.. di ternampak cermin suaminya.
Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..
Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .
Isteri: Apsal mak ketawa?..Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Sunday, September 14, 2008

Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai

Salam

Alhamdulillah, majlis berbuka yang dirancang telah berjaya dilaksanakan semalam. Ramai kariah dan ahli keluarga turut serta dalam majlis tersebut. Dengan sokongan para penduduk Islam di sini terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh BKMIE6, sudah tentu memberi semangat para AJK untuk meneruskan pelbagai aktiviti di masa hadapan.
Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Hjh Maimon sekeluarga kerana menyediakan briyani gam yang 'kick'. Begitu juga kepada En Radhwan dan Hj Ismail sekeluarga yang menyediakan air minuman.
Ucapan terima kasih juga kepada kariah yang membawa juadah untuk majlis ini dan En Zamani (seperti biasa khidmat 4-wheel drive nya)..
Bagi pihak AJK, kami mohon maaf atas apa jua kekurangan semasa majlis berlangsung.

Selamat berpuasa dan berterawih

Rahim
AJK BKMIE6

Rakaman Aktiviti Taman

Marhaban dan cukur rambut...Anak Din agaknya
Gambar atas, rakan kita Yusri dah jadi org KL.
Gambar bawah -Barisan Imam.
Majlis Hari Raya terbuka
Azlan memantau persiapan majlis. Para AJK dan anak-anak berselawat

Barisan AJK
Pengerusi En Yusof (baju merah) dan Timbalannya Azlan
Lan dan Uzir berbincang sesuatu........
Majlis Tahlil di surau sementara(khemah)...Alhamdulillah, sekarangnya surau lebih selesa.
Solat Terawih Ramadan 1427 (2006)











Moreh satu ketika dulu......


Monday, September 8, 2008

kadar Zakat 1429


Salam, selamat berzakat.
Rahim
AJK BKMIE6

Saturday, September 6, 2008



Salam,

Contoh resit rasmi taman kita. Tujuan resit dibuat terutama bagi penerimaan bayaran bulanan keahlian BKMIE6. Kos mencetak resit ini ialah RM 150.00 (10 buku, 1 buku/50 keping). Resit ini akan mempunyai no bersiri.

Sekiranya ada jemaah yang boleh mendapatkan harga yg lebih murah, bolehlah hubungi saya, Abd Rahim (012-7586206). Harga tersebut diberikan oleh Annies Printing, Jalan Larkin JB.

Wassalam.

terawih dan moreh

Salam,

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi ruang dan peluang oleh Allah SWT untuk terus menikmati kehidupan di dunia. Dan peluang itu nampaknya dimanfaatkan oleh penduduk taman kita ini dengan bersama-sama solat Terawih secara berjemaah di surau. Sehingga artikel ini ditulis, kita telah sama-sama berjemaah selama 7 malam. Moga keadaan ini akan berterusan hingga hujung Ramadan.
Selain solat, para jemaah juga berpeluang melakukan amal jariah pada Ramadan ini dengan menyediakan Moreh. Semoga keikhlasan para jemaah dalam menyediakan Moreh ini akan diberkati dan mendapat balasan yang baik dari Allah, InsyaAllah.
Sekadar ingatan, pada hari Sabtu 13 Sept, akan diadakan Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai di surau. Majlis akan bermula pada jam 6.20 ptg, dimulai dengan bacaan Yasiin dan Tahlil Arwah. Oleh itu, diminta para jemaah untuk mengembalikan borang (Borang nama-nama untuk disedekahkan) yang telah diisi kepada AJK BKMIE6.

Terima kasih. Wassalam

Abd Rahim
AJK BKMIE6
#24-24

Sunday, August 24, 2008

Yuran bulanan dan Tabung Khairat Kematian BKMIE6

Salam,

Badan kebajikan Masyarakat Islam Taman Impian Emas fasa 6 (BKMIE6) adalah dalam proses mengemaskini dan juga pendaftaran ahli baru penduduk Islam fasa 6, taman kita. Borang berkenaannya telah diedarkan dan diharap dapat dikembalikan pada atau sebelum 31 Ogos 2008 (dalam surat edaran dinyatakan 26 Ogos 2008).Bagi yang sudah menjadi ahli, mereka maklum dengan yuran bulanan sebanyak rm 10.00. Sumbangan bulanan sebanyak RM 10 ini sebenarnya telah dipersetujui semasa badan ini mula-mula ditubuhkan pada tahun 2004. Dengan adanya sumbangan/yuran dari ahli, dapatlah program-program seperti keagamaan, sosial, sukan dan kebajikan dapat dijalankan bagi manfaat penduduk.

Program/aktiviti dan sumbangan yang pernah dijalankan sejak 2004 adalah seperti Rumah terbuka Hari Raya, Sambutan Maulidurasul, Marhaban, Majlis Yasin dan Tahlil, kenduri kahwin, Solat Terawih, penyediaan Moreh, Majlis berbuka puasa beramai-ramai, sumbangan kepada pasangan yang mendapat cahayamata.
Selain itu, yuran bulanan ini juga berfungsi sebagai Tabung Khairat Kematian.

Sebagai contoh:-
Bil Ahli : 100 keluarga
sumbangan setahun : RM120.00 (RM10/bulan)
Jumlah dikumpul : RM 12000.00 setahun

Dengan jumlah dikumpulkan itu, maka pelbagai aktiviti dapat dijalankan bagi manfaat penduduk Islam di sini. Selain itu, tidaklah lagi perlu kutipan dilakukan setiap kali kita ingin menjalankan aktiviti.

Diclaimer* Ini adalah cadangan dan pandangan peribadi dan tidak dalam apa jua keadaan mewakili Badan kebajikan Masyarakat Islam Taman Impian Emas fasa 6(BKMIE6).

Program sempena Ramadan 1429


Salam,
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menemui bulan Ramadan. Untuk memanfaatkan kelebihan Ramadan ini, BKMIE6 telah menyusan program keagamaan sepanjang bulan tersebut. program tersebut termasuklah Solat Isya' dan Terawih secara berjemaah, giliran penyediaan Moreh dan Majlis berbuka puasa beramai-ramai. Solat Terawih dan Moreh adalah sepanjang Ramadan (dijangka hingga 27 Ramadan) memandangkan ramai diantara kita sudah mula kembali ke kampung halaman/ bandar masing-masing.
Majlis berbuka puasa pula dijadualkan pada 13 Ramadan/13 Sept, Sabtu bermula jam 6.20 petang. majlis akan dimulakan dengan Tahlil. Surat berkenaan program-program ini akan diedarkan selewatnya awal minggu ini.
Diharap kita semua dapat mengambil peluang dan kelebihan Ramadan ini dengan bersama-sama menjayakan program yang akan telah dirangka.
Islam untuk SEMUA. Wassalam.

Ceramah persediaan menyambut Ramadan


Salam,

Semalam, 23 Ogos 2008 jam 3 petang telah diadakan satu ceramah bertajuk "Persediaan menyambut Ramadan". Ceramah ini dikhaskan untuk kaum Muslimah penduduk taman kita. Penceramah ialah penduduk kita juga iaitu Ustazah Nabilah Jaafar.
Dari maklum balas yang diterima, bilangan yang hadir lebih kurang 15 orang, iaitu satu angka yang kurang memberangsangkan, melihat kepada manfaat yang diperolehi dari ceramah itu. Oleh itu, disarankan supaya para Muslimah taman kita perlu mencari ruang dan mengambil sedikit masa untuk program bermanfaat anjuran taman ini. Selain dapat menambah ilmu, program ini juga dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama mereka. Bagi para suami/ bapa pula, perlulah sentiasa memberi galakan dan sokongan bagi aktiviti taman yang dianjurkan.

Wassalam.



Saturday, August 16, 2008

Yasiin dan Tahlil di rumah Hj Ibrahim

Salam,

Semua penduduk Islam fasa 6 Taman Impian Emas dijemput untuk menghadiri majlis Yasin dan Tahlil seperti berikut:

Nama Tuan Rumah: Hj Ibrahim B Endut
Alamat: No 24, Jln Bukit Impian 19 Fasa 6B
Tarikh: 16 Ogos 2008 (7.40 mlm - selepas Solat Maghrib)

Wassalam.

Friday, August 8, 2008

Hari Nisfu Sya'aban

Salam,

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad ( sebaik saja masuk maghrib),17hb Ogos 2008(selepas Maghrib pada hari 15 Sya'aban 1429H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, ahad malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, ahad malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Ahad)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa 2. Malam Pembahagian Takdir 3. Malam Rahmat 4. Malam Berkat 5. Malam Pengampunan (Taubat) 6. Malam Penebusan 7. Malam Syafaat 8. Malam Penulisan 9. Malam Keagungan dan Kemuliaan 10. Malam Rezeki 11. Malam Hari Raya ParaMalaikat 12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam

Thursday, July 24, 2008

Hargailah Keluarga Anda

Gurindam Keluarga


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"


Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"


Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,


Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,


Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,


Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"


Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,


Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,


"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",


"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",


"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",


"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",


Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"


"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"


"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,


"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,


Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,


Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY


Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?


Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.


Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?


Jadi apakah maksud yang tersirat?


Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU



" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Sunday, July 20, 2008

majlis Wirid Khaujakan, Solat Hajat

السلام عليكم

Majlis Wirid Khaujakan, Solat Hajat (untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan), Yaasin dan Tahlil

Tarikh: 26 Julai 2008 (Sabtu mlm Ahad); 23 Rejab 1429H.

Masa: 6.45 ptg

Tempat: Surau Badan Kebajikan Masyarakat Islam fasa 6, Taman Impian Emas
Jalan Bukit Impian 10

Saturday, July 19, 2008

kemalangan

السلام عليكم

Rakan AJK, En Hamid Mohamed telah ditimpa kemalangan semasa bertugas, menyebabkan kaki beliau terseliuh.
Moga beliau cepat sembuh.

Takziah

السلام عليكم

Takziah diucapkan kepada Cikgu Zamri dan keluarga di atas pemergian ibu mertua beliau baru-baru ini.

Al-Fatihah.

Friday, July 18, 2008

Cari jawatan kosong kerajaan

Cuba la.....

http://mys.rd.yahoo.com/search/ads/mail/signature/*http:/malaysia.search.yahoo.com/search?p=jawatan+kosong+kerajaan&cs=bz&fr=fp-top

9 Mimpi Rasullah S.A.W

From: Badlee Sham <siakapkering@yahoo.com>
Date: 2008/7/14
Subject: [ReSpeKs] Antara 9 mimpi Nabi Muhammad SAW

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW ' Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........ '

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskan nya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambi l ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkan nya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHI MNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis- nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Tazkirah

From: alia suhana <aliasuhana@gmail. com>
Date: 2008/7/11
Subject: [ReSpeKs] Fwd: Fw: Today's Tazkirah - Melihat Allah di dalam syurga / Kisah Nabi Musa ingin melihat Allah / Melihat Allah

Melihat Allah di dalam syurga
Dari Suhaib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., membaca firman Allah dalam ayat ini, ertinya:
"Bagi orang-orang yang berbuat baik diberi balasan yang sebaik-baiknya (Syurga) dan satu tambahan lagi."), dan sesudah itu Baginda s.a.w. bersabda: "Apabila ahli Syurga masuk Syurga dan ahli Neraka masuk Neraka, menyerulah penyeru katanya: "Wahai ahli Syurga! Sesungguhnya ada untuk kamu satu perkara yang dijanjikan kepada kamu di sisi Allah yang ia hendak menunaikannya"; mereka bertanya: "Apa dia perkara itu? Bukankah Tuhan telah memberatkan timbangan amal baik kami, bukankah Ia telah menyerikan muka kami dan memasukkan kami ke dalam Syurga serta menjauhkan kami dari Neraka?
Baginda s.a.w., bersabda: "Maka pada saat itu dibukakan hijab kepada mereka lalu mereka melihatNya; demi Allah! Tidak ada sesuatu yang Allah kurniakan di sukai oleh mereka lebih daripada melihatNya dan tidak ada yang mententeramkan hati mereka lebih daripada itu."

Kisah Nabi Musa ingin melihat Allah
Al-A'raf [143] Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu.
Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu.
Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku

Melihat Allah
Manusia tidak boleh melihat Allah di dunia ini tetapi boleh melihat Allah di hari akhirat, iaitu di dalam syurga
Al-An'am[103] Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata,
Al-Qiyamah [22] Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; [23] Melihat kepada Tuhannya.
Di sana kekuatan mata dan hati sanubari diperkuatkan "power"nya untuk melihat Allah. Apabila Allah memperlihatkan zatnya mulianya, semua ahli syurga terpegun. Ketika itu ahli syurga sedang menikmati hidangan mereka. Lalu Allah memberi Salam, semua ahli syurga terpegun sehingga lupa hidangan yang sedang dinikmati mereka. Di syurga Allah bertanya khabar setiap ahli-ahlinya. Allah mempelawa tiap-tiap ahli syurga makan dan minum. Apa sangat yang mereka makan semasa di dunia dahulu.

Jemputan Tahlil

Salam,

Jemputan ke Majlis Tahlil di rumah YM Raja Zaman Bin Raja Mohamed

Tarikh: 19 Julai 2008 (Sabtu mlm Ahad)

Masa: 7.45 mlm (lepas Solat Maghrib).

Alamat: #17, Jln Bukit Impian 10
TIE, Skudai

Harap dipersudikan. Wassalam.

Wednesday, July 16, 2008

Terungkai tali aqidah/hukum islam

---------- Forwarded message ----------From: Mohamad Razizi bin Yaacob <mohamad.razizi@ pos.com.my>Date: 2008/7/14

Subject:Terungkainya Tali Aqidah/Hukum Islam


Untuk renungan bersama KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul.
Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.
"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. ..... "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .
."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

Wednesday, July 9, 2008

Gotong-royong lancar...

Salam,

Alhamdulillah, gotong-royong yang dirancang pada hari ini 9 Julai telah berjaya dilaksanakan. Kerja yang dilakukan termasuklah membersihkan dalam dan sekitar surau serta memindahkan barang-barang ke dalam stor.

Tuesday, July 8, 2008

Gotong-royong di surau kita

Salam.

Tuan2x dijemput untuk bersama-sama mengemaskan/membersihkan surau kita pada esok hari 9 Julai 2008 bermula jam 9.00 pagi...
T.kasih.

Our resurfaced North-South Expressway is SLIPPERY! Very Dangerous !!

-----Original Message-----> From: herzer.knut@ s-wire.com [mailto:herzer.knut@ s-wire.com]> Sent: Friday, 04 July, 2008 3:40 PM> To: tanman88@gmail. com> Cc: onsec08@yahoo. com>


Not too sure how true it is but better be safe than sorry. Always take care and drive safely!.Rgds,

Dear TV3 and The Star, I am a frequent user of our North-South Expressway and I have this IMPORTANT experience to highlight and share:-
I was driving back to Penang yesterday afternoon (24 June 08) when I saw the unfortunate accident in the opposite direction involving the passenger bus that skidded and overturned at Tanjung Malim. I didn't know that the skidded bus was from hometown Penang untill I watched TV3 news later in the evening and was shocked to learn that the accident took two lives. Now, this is what I need to share:- I am a building contractor with over twenty years of experience and I have been driving my 5 series BMW (latest generation and a dammed solid road holding car) each time I travelled to KL. Lately, the new extended 3 lanes highway had been opened up for use and since then, I have also been using it quite oftenly. HOWEVER, when I used it each time it is WET, I can really 'feel' that the new road surface is extremely SLIPPERY! To share with some of you, my car comes with a built-in traction control mechanism (skidding prevention mechanism) and you can feel it each time it is activated. Previously, I don't come across this kind of slippery feel except when I drive over a paddle of water at certain speed. From my observation as a building contractor, the 'wearing course' of the new road surface could be TOO FINE OR TOO SMOOTH and TOTALLY UNSUITABLE for highway use! The wearing course (top premix layer) mix design for highways should be of minimum 20mm coarse aggregate mix that will give us the required bond between the surface and our tyres. Fine wearing course (14mm coarse aggregate size and below) is only suitable for normal road. (A proper test need to be carried out to determine the mix design of the wearing course). Since the opening of the three lanes highway, I had seen cars skidding in front me or in the opposite direction and approximately 2 weeks ago, one of my friends who is also a frequent user of our NSE, came to share with me about his slippery feeling as well as the many skidded cars he had seen lately. I am highlighting this to TV3 and The Star with the hope that a thourough investigation could be carried out immediately to find out how or what causes the bus to skid. A proper and independent test need to be carried out urgently to determine the design mix of the wearing course. THIS CAN SAVE LIVES. FOR THOSE BCC RECIPIENTS, PLEASE SHARE THIS WITH ALL YOUR FRIENDS. IF YOU ARE USING THE NEW LANES AND IF IT IS WET, MAKE SURE YOU DRIVE SLOWLY!!!!

Monday, July 7, 2008

Sumbangan artikel/ maklumat

Salam.

Tuan/ puan digalakkan untuk menyumbangkan artikel ke blog ini. Sumbangan bolehlah dihantar ke email impianEmas6@gmail.com.

Program Wirid Khaujakan

Tarikh: 26 Julai 2008 (Sabtu)
Masa: bermula 6.30 petang.
Tempat: Surau TIE fasa 6.

Aturcara: Solat Maghrib, Yasiin & Tahlil, Jamuan, Solat Isyak.

Semua dijemput hadir.

Perundangan

http://malaysianbar.org.my

Sunday, July 6, 2008

Permasalahan

Artikel ini diambil dari kiriman email yang diterima oleh pengedali blog ini.

dear friends,

Pls read this ....
Look at question 1-5. This is serious. This kind of marriage is very common in Malaysia. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat kahwinkan. Based on the statement below, the nikah is tak sah. Thus, it consider zina...Pls. pass to all your muslim friends.... If it is not too much to find out kesahihan Q2 & Q3... because many of Muslim actually get their children marry off once they know that their daughter is carrying an illegitimate child. A question was asked of the Imam recently, which raised many other questions. I would like to share them with you, as they are very important: Question 1 : What is the correct thing to do when girl become pregnant outside of marriage? Answer 1 : She should not marry anyone until the baby is born. Question 2 : Assuming the father of the child wants to marry her, can he? Answer 2 : No, he cannot marry her, until the baby is born. Question 3 : Is the marriage valid if they did marry? Answer 3 : No, the marriage contract is invalid. A Muslim cannot marry a pregnant woman, even if he is the biological father. Question 4 : If they married, what should they do now to correct it? Answer 4 : They should separate. She should wait for confirm that she is not pregnant. They can then marry, as this will be! now a legal marriage by Islamic law. Question 5 : What if they don't correct it? Answer 5 : They will still living in a relationship of Zina as the Marriage contract is not valid. Question 6 : What are the rights of the child that was conceived Outside marriage? Answer 6 : According to the scholars, the child is not the father by Islamic law. Hence, the child cannot inherit from the rights over the child. The child also has no rights over the father. Question 7 : If you say that the father is not the father by Islamic law, does that mean he cannot be the mahram of his own biological daughter? Answer 7 : Yes, he cannot be her mahram. Question 8 : A Muslim man and a Muslim (or Non-Muslim) woman decides to get married after having lived together, how should they go about it? Answer 8 : They must separate immediately and the woman must wait for one menstrual cycle (to prove she is not pregnant), before they can enter into a Marriage contract. Question 9 : If I know someone that is in this situation, should I tell them about what I have learnt or is it none of my business?
Answer 9 : It is your Islamic duty to inform them, so they can rectify their situation, otherwise all the children from that relationship will be born outside an Islamic legal marriage.Na'uzubillah.. Please do not discard this hand out. This is a very serious matter, so I urge you to understand it, discuss it further with a scholar if you are not clear, or do not agree. Inform those that may be in this situation and pray that you or your children should never be Sincerely,
ZARITA DATO' ZAINOL ABIDIN

19 keistimewaan Wanita & 6 wanita malang

19 KEISTIMEWAAN WANITA & 6 WANITA MALANG19 KEISTIMEWAAN WANITA & 6 WANITA MALANG19 KEISTIMEWAAN WANITA1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yanglebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan haltersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orangyang penyayang tidak akan sia-sia."2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orangyang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWTakan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah SAW) di dalam syurga.5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah laludiberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalanbersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Makabarangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anakNabi Ismail.6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan ataudua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalampergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikapbertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilanibumu terlebih dahulu.9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripadaanak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akanmenjadi penghalang baginya daripada api neraka.10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintuneraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yangdia kehendaki dengan tidak dihisab.11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selamamana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebihbesar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pulaberhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurgamana sahaja yang dikehendaki.14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWTmemasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000tahun).15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,makaberistighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiaphari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWTmencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosaseperti keadaan ibunya melahirkannya.18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satutegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yangsakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hambadengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.6 JENIS WANITA MALANG"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, danyang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yangSyadaqah."Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakitatau buat-buat sakit.Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini seringmenyatakan, "Aku membuat itu keranamu".Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yangdikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalumenyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untukmembelinya.Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan danmenghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecualisendirian dan diasingkannya bahagianya.Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.

Organisasi Badan Kebajikan TIE fasa 6

Berikut adalah organisasi Badan Kebajikan Masyarakat Islam fasa 6 Taman Impian Emas, Skudai Johor.

  • Pengerusi: Sdr Mohd. Yusof B. Abu Bakar
  • Timb. Pengerusi: Sdr Azlan B. Jaafar
  • Setiausaha: Pn Hajah laila Kenchana Sri Abadi Bt Abd Rahman
  • Pen. Setiausaha: Sdr Mohd Shuhaimi B Abd Rashid
  • Bendahari: Sdr Abd Razak B. Haron
  • Pen. Bendahari: Sdr Hassan B. Mohd Dalil
  • Biro Agama: Sdr Abd Rahim B. Besar
  • Biro Kebajikan & Rekreasi: Sdr Zainuddin B. Brau
  • Biro Hal Ehwal Wanita: Pn Dr. Raha Bt Mohd Daud
  • Biro Keselamatan: Sdr Zulkarnain B. Mohd Zain

Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK)

  • Sdr Basir B Sarbini
  • Sdr Hasbullah B. Hj Mohd Ariff
  • Sdr Abdul Hamid B. Mohamed
  • Sdr Abd Rahim B. Ismail
  • Sdr Mohd Zain B. Hassan
  • Ustazah Nabilah Bt Jaafar
  • Pn Hajah Maimun Bt Abd Rahim
  • Pn Hajah Zainab Bt Osman
  • Sdr Roslan B Radhuan
  • Sdr Uzir B Abd Samad
  • Sdr Wan Azlan B. Wan Mohd Radzi
  • Pn Hajah Jemilah Bt Mohd Yahyin

Sila beritahu sekiranya ada nama yang tidak tersenarai. Terima kasih

Rahim

Keahlian Badan Kebajikan

Badan Kebajikan Masyarakat Islam Taman Impian Emas fasa 6 ini telah ditubuhkan sejak tahun 2004 (betulkan jika salah). Ia berfungsi sebagai kumpulan yang menggerakkan aktiviti dan juga menjaga kebajikan penduduk Islam fasa ini. Badan ini dipengerusikan oleh En Mohd Yusof Bin Abu Bakar dan dibantu oleh timbalannya iaitu En Azlan Jaafar serta AJK. Nama-nama AJK akan disiarkan kemudian. Sejak dari penubuhannya sehingga kini, banyak aktiviti telah berjaya dilaksanakan seperti Hari Keluarga, Sambutan Maulidur rasul, Majlis Berbuka puasa, Terawih,Sambutan Hari Raya, Marhaban, majlis Tahlil, dan lain-lain lagi. Selain itu, hasil dari sumbangan masyarakat islam di sini, taman kita telah mempunyai satu surau bagi keselesaan beribadah. Surau ini juga dimanfaatkan untuk tuisyen anak-anak masyarakat islam di sini.
Kejayaan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan tadi adalah hasil sumbangan wang ringgit dan juga tenaga penduduk islam setempat. Sumbangan wang tersebut adalah dalam bentuk kutipan derma dan juga yuran bulanan keahlian sebanyak RM 10. Yuran ini juga berfungsi sebagai tabung khairat.
Keahlian badan kebajikan ini adalah secara sukarela. Melihat kepada aktiviti yang dijalankan dan juga manfaatnya kepada penduduk islam di sini, adalah digalakkan dan dialu-alukan tuan/puan untuk menjadi ahli.

Sekian. Terima kasih

Rahim

*sila beritahu jika terdapat kesalahan fakta. Maklum balas tuan/puan dialu-alukan.

Renungan

Petikan dari Rencana Pena Mufti (oleh Mufti Perlis), Utusan Malaysia 8 Jun 2008Agama bukan mengkhayalkan orang miskinSaya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol.Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan' , "Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?" Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An- Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?" (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperoleh ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir). Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab. Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (http://drmaza.com/) source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm (09/06/2008)

Harga minyak kat Malaysia

Subject: FW: Harga Minyak di Malaysia - complete info read through



Today Tenaga stock rose by about MYR1.00. Volume traded in excess of 35 million units. Yesterday Tenaga stock was suspended. Put these points together.
If you know that an announcement would be made on Wednesday that TNB rates will be revised upwards you would surely buy Tenaga shares on Tuesday.
If you own an investment bank or have sufficient credit line with an Investment Bank you would have bought as much as you could knowing that the price will surely go up.
Since you have to pay within 3 days (T+3 rule), you would have planned to sell on Friday. So you could have bought 1Million Tenaga shares on Tuesday and sold it today for a cool MYR1Million profit without paying any money (perhaps some borrowing costs for 2-3 days).
Of course none of us are privy to the announcement of the fuel hike, but the family of the PM are privy to it.
Of course none of us have a large credit line with an Investment Bank but the family of the PM owns an investment bank.
Why the surprise announcement on 05 June when the PM has said that it would be in August ? Well you can only make a big and quick profit if you control the timings and surprise others.
For those in the know (the powers that be and their cronies) this has been one hugely profitable week buying and shorting the related shares. The poor rakyat had to queue just to fill up their tanks and perhaps save between MYR20-MYR100.
Now read below..... Need those in know of the basic economics of crude, fuel etc to comment.WHAT IS NEVER MENTIONED IN Mainstream Media like NST/TheStar/Utusan/BH are these facts.....
Malaysian Per Capita Income USD 5000 VS Singaporean Per Capita Income USD 25000
Further The Star made a comparison of prices in Thailand , Singapore and Indonesia . For Thailand it is quoted at RM3.90/liter, however are they aware that in Thailand new cars are cheaper than Malaysia by RM10,000? They pay only one life time for their driving license? No renewal fee after that? Also that goes for road tax as well? And do TheStar also aware that you can drive all the way from Hadtyai to Bangkok on a six lane highway without paying any Tolls ??!!Whereas here in Malaysia you have to pay yearly renewal for road tax , driving license and TOLLS, TOLLS, TOLLS!!! For Singapore how can you quote RM 5.20 ? Please quote in Singapore Dollars because they are earning in Sing Dollars. You might as well say Europeans are paying RM10/liter. RM5.20/liter = Sing $ 2.20/liter, still cheaper than Malaysia in view of fact that Singapore is not a crude oil exporter. Are you saying that you fill up petrol in Singapore by paying Ringgit? In economy, dollar to dollar must be compared as apple to apple. Not comparing like durian in M'sia is much cheaper than durian in Japan!! Of course-lah, Japan is not durian producer!!! Comparing Malaysian durian with Thailand durian make more sense!!For Indonesia we might say is cheaper there at RM2.07/liter but compare that to their level of income!Now, let us compare the price with OIL PRODUCING countries:UAE – RM1.19/litreEygpt – RM1..03/litreBahrain – RM0.87/litreQatar – RM0.68/litreKuwait – RM0.67/litreSaudi Arabia – RM0.38/litreIran – RM0.35/litreNigeria – RM0.32/litreTurkmenistan – RM0.25/litreVenezuela – RM0.16/litreMALAYSIA – RM2.70/litreRM 2.70!!! Individual perspective:As of last month a Toyota Vios would 'cause a damage' of about RM 89,000.In the international market, a Toyota Vios is about USD 19,000USD 19,000 = RM 62,700 (using the indicative rates of USD 1 = RM 3.30)That makes Malaysian Vios owners pay an extra RM 26,300.This RM 26,300 should be cost of operations, profit and tax because the transportation costs have been factored in to the USD 19,000.RM 26,300/ RM625 petrol rebate per year translates to a Vios being used for 42.08 years.I do understand that the RM 625 is a rebate given by the government, but it also means that one has to use the Vios for 42.08 years just to make back the amount paid in taxes for the usage of a foreign car. Would anyone use any kind of car for that long?Now with these numbers in front of us, does the subsidy sound like a subsidy or does it sound like a penalty? This just seems to be a heavy increment in our daily cost of living as we are not only charged with high car taxes but also with a drastic increase in fuel price.With all the numbers listed out, I urge all Malaysians to join me in analyzing the situation further.Car taxation is government profit, fuel sales is Petronas' (GLC) profit which also translates into government profit. The government may ridicule us Malaysians by saying look at the world market and fuel price world wide. Please, we are Malaysians, we fought of the British, had a international port in the early centuries (Malacca), home to a racially mixed nation and WE ARE NOT STUPID!!!We know the international rates are above the USD 130/barrel. We understand the fact that the fuel prices are increasing worldwide and we also know that major scientist are still contradicting on why this phenomenon is happening. Some blame Bush and his plunders around the world and some blame climate change and there are others which say petroleum 'wells' are getting scarce.Again we go back to numbers to be more straight fwd 1 barrel = 159 liters x RM2.70/liter = RM 429 or USD 134 On 1 hand, we are paying the full cost of 1 barrel of crude oil with RM2.70 per liter but on the other hand the crude oil only produces 46% of fuel. Msia sells crude oil per barrel at USD130 buys back Fuel per barrel at USD134. And not forgetting, every barrel of fuel is produced with 2 barrels of crude oil.1 barrel crude oil = produce 46% fuel (or half of crude oil), therefore2 barrel crude oil = approximately 1 barrel fuelIn other words, each time we sell 2 barrels of crude oil, equivalently we will buy back 1 barrel of fuel.Financially,Malaysia sell 2 barrel crude oil @ USD 130/barrel = USD 260 = RM 858then, Malaysia will buy back fuel @ USD 134/barrel = RM 442/barrelThus, Malaysia earn net extra USD 126 = RM 416 for each 2 barrel of crude sold/exported vs imported 1 barrel of fuel !!!(USD 260-134 = USD 126 = RM416)So where this extra USD 126/barrel income is channeled to by Malaysian Govt?????????Another analysis:1 barrel crude oil = 159 liters. 46-47% of a barrel of crude oil = fuel that we use in our vehicles. 46% of 159 = 73.14 liters.@ RM 2.70/liter x 73.14 liter = RM197.48 of fuel per barrel of crude oil. This is only 46% of the barrel, mind you. Using RM 3.30 = USD 1, we get that a barrel of crude oil produces USD 59.84 worth of petrol fuel (46% of 1barrel). USD 59.84 of USD 130/barrel turns out to be 46% of a barrel as well.Another 54% = bitumen, kerosene, and natural gases and so many more. And this makes a balance of USD 70.16 that has not been accounted for.So this is where I got curious. Where is the subsidy if we are paying 46% of the price of a barrel of crude oil when the production of petrol/barrel of crude oil is still only 46%?In actual fact, we still pay for this as they are charged in the forms of fuel surcharge by airlines and road taxes for the building of road (because they use the tar/bitumen) and many more excuse charging us but let us just leave all that out of our calculations.As far as I know, only the politicians who live in Putrajaya and come for their Parliament meetings in Kuala Lumpur (approximately 60+ km) are the ones to gain as they claim their fuel and toll charges from the money of the RAKYAT's TAX. It is so disappointing to see this happen time and time again to the Malaysian public, where they are deceived by the propaganda held by the politicians and the controls they have over the press.Which stupid idiot economist equates rebates for rich or poor with the cc of the vehicles? An average office clerk may own a second hand 1300cc proton Iswara costing $7,000 (rebate = $625) while the Datuk's children can own a fleet of 10 new cars of BMW, Audi and Volvo all less than 2000cc costing $2 millions and get a total rebate of $625 x 10 = $6,250! Wow what kind of economists we are keeping in Malaysia...wonder which phD certificate that they bought from...Misleading concept of Subsidy:The word "subsidy" has been brandished by the BN government as if it has so generously helped the rakyat and in doing so incurred losses.. This simple example will help to explain the fallacy: Example: Ahmad is a fisherman. He sells a fish to you at $10 which is below the market value of $15. Let's assume that he caught the fish from the abundance of the sea at little or no cost. Ahmad claims that since the market value of the fish is $15 and he sold you the fish for $10, he had subsidised you $5 and therefore made a loss of $5. Question : Did Ahmad actually make a profit of $10 or loss of $5 which he claimed is the subsidy? Answer: Ahmad makes a profit of $10 which is the difference of the selling price ($10) minus the cost price ($0 since the fish was caught from the abundance of the sea). There is no subsidy as claimed by Ahmad. The BN government claims that it is a subsidy because the oil is kept and treated as somebody else's property (you know who). By right, the oil belongs to all citizens of the country and the government is a trustee for the citizens. So as in the above simple example, the BN government cannot claim that it has subsidised the citizen! Ni dia harga minyak petrol kalau beli kat spot market kat Singapore last week... hanyalah RM2.78. Apa yg gomen Malaysia kata depa subsidi banyak berbillion tu? The price Malaysians bayar sekarang ni hampir sama kalau depa beli dari sport market Singapore..... Kalau Malaysia import 100% petrol from Singapore pun, that will be the price. Reason mengapa minyak mahal kat Malaysia pasal gomen dah charge very high tax in the fuel price itself. Subsidi yang gomen cakap selama ni sebenarnyer ialah loss of tax revenues from the sales of the fuel. Memang takda cash outflow pun. Yet goverment said that price of the fuel should be RM3-RM4 per liter...hmm

Hormati ibu bapa, mentua

Tazkirah : Hormati ibu bapa, mentua
Bersama Ustaz Mohd Z awawi Yusoh
JIKA Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat tetapi apa caranya jika orang tua sudah meninggal dunia sedangkan ketika hidupnya kita menderhaka dan melawan mereka?Apabila insaf, selalulah menziarahi pusara ibu bapa dan bacakan ayat suci untuknya. Jumpa kembali kawan baik ibu bapa atau jiran yang masih ada dan berbuat baik kepada mereka.
Sedekahkan kepada masjid atas nama ibu bapa. Walaupun ibu bapa sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga mereka berdua reda dan Allah mengampunkan dosa.Allah Maha Pengampun dan luas rahmat-Nya tetapi jangan pula mengambil kesempatan untuk berbuat jahat, kemudian baru hendak bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala akan diterima.Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Contohnya, tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, tetapi cuba selidiki kesalahan yang kita lakukan hari ini.Pertama, bagaimana hubungan kita dengan Tuhan? Jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan kita dengan ibu bapa? Seboleh-bolehnya pastikan hubungan kita dengan ibu bapa sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalin hubungan baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.Lazimnya dalam hubungan ini, ibu yang dilebihkan sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak. Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, Nabi s.a.w meminta ibu didahulukan. Tiga kali ibu memanggil, barulah sekali kepada bapa.Bagaimanapun, sebaik-baiknya kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak mengambil kira kata-kata mereka, kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.Mentua juga mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Jika mereka berkecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati ibu bapa kita. Kita sayang anaknya, jadi mengapa tidak turut menyayangi orang yang melahirkannya?Saya tahu, ada menantu berkecil hati dan memendam rasa terhadap mentua yang terlalu mengambil berat terhadap anaknya.Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua kepada Rasul dan ketiga kepada ibu dan ibu mentua manakala keempat bapa dan bapa mentua. Kelima barulah isteri. Jadi, isteri kena faham jika suami sayang dan melebihkan ibu bapa, kerana itu memang wajar.Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua Rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah ialah ibu bapanya.Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail a.s.Suatu hari Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pun tidak mengenali mentuanya.Menantunya berkasar, menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati tetapi sebelum pulang Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya itu, meminta suaminya menukar alang rumah kepada yang baru.Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menggambarkan rupa lelaki berkenaan yang menyampaikan pesanan. Nabi Ismail sedar, itu adalah bapanya.Nabi Ismail insaf di sebalik simbolik kata-kata bapanya bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.Kemudian Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Baginda.Nabi Ibrahim tertarik dan sebelum pulang, baginda berpesan lagi, dengan mengatakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


DISCLAIMER: This e-mail and any files transmitted with it ("Message") is intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain confidential information. You are hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is strictly prohibited. If you have received this Message in error, you should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate to the official business of PETRONAS or its Group of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by PETRONAS or any of the companies within the Group.
DISCLAIMER : This e-mail and any files transmitted with it ("Message") is intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain confidential information. You are hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is strictly prohibited. If you have received this Message in error, you should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate to the official business of PETRONAS or its Group of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by PETRONAS or any of the companies within the Group.