Badan Kebajikan Masyarakat Islam Taman Impian Emas fasa 6 ini telah ditubuhkan sejak tahun 2004 (betulkan jika salah). Ia berfungsi sebagai kumpulan yang menggerakkan aktiviti dan juga menjaga kebajikan penduduk Islam fasa ini. Badan ini dipengerusikan oleh En Mohd Yusof Bin Abu Bakar dan dibantu oleh timbalannya iaitu En Azlan Jaafar serta AJK. Nama-nama AJK akan disiarkan kemudian. Sejak dari penubuhannya sehingga kini, banyak aktiviti telah berjaya dilaksanakan seperti Hari Keluarga, Sambutan Maulidur rasul, Majlis Berbuka puasa, Terawih,Sambutan Hari Raya, Marhaban, majlis Tahlil, dan lain-lain lagi. Selain itu, hasil dari sumbangan masyarakat islam di sini, taman kita telah mempunyai satu surau bagi keselesaan beribadah. Surau ini juga dimanfaatkan untuk tuisyen anak-anak masyarakat islam di sini.
Kejayaan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan tadi adalah hasil sumbangan wang ringgit dan juga tenaga penduduk islam setempat. Sumbangan wang tersebut adalah dalam bentuk kutipan derma dan juga yuran bulanan keahlian sebanyak RM 10. Yuran ini juga berfungsi sebagai tabung khairat.
Keahlian badan kebajikan ini adalah secara sukarela. Melihat kepada aktiviti yang dijalankan dan juga manfaatnya kepada penduduk islam di sini, adalah digalakkan dan dialu-alukan tuan/puan untuk menjadi ahli.
Sekian. Terima kasih
Rahim
*sila beritahu jika terdapat kesalahan fakta. Maklum balas tuan/puan dialu-alukan.
Sunday, July 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment