Friday, July 18, 2008

Tazkirah

From: alia suhana <aliasuhana@gmail. com>
Date: 2008/7/11
Subject: [ReSpeKs] Fwd: Fw: Today's Tazkirah - Melihat Allah di dalam syurga / Kisah Nabi Musa ingin melihat Allah / Melihat Allah

Melihat Allah di dalam syurga
Dari Suhaib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., membaca firman Allah dalam ayat ini, ertinya:
"Bagi orang-orang yang berbuat baik diberi balasan yang sebaik-baiknya (Syurga) dan satu tambahan lagi."), dan sesudah itu Baginda s.a.w. bersabda: "Apabila ahli Syurga masuk Syurga dan ahli Neraka masuk Neraka, menyerulah penyeru katanya: "Wahai ahli Syurga! Sesungguhnya ada untuk kamu satu perkara yang dijanjikan kepada kamu di sisi Allah yang ia hendak menunaikannya"; mereka bertanya: "Apa dia perkara itu? Bukankah Tuhan telah memberatkan timbangan amal baik kami, bukankah Ia telah menyerikan muka kami dan memasukkan kami ke dalam Syurga serta menjauhkan kami dari Neraka?
Baginda s.a.w., bersabda: "Maka pada saat itu dibukakan hijab kepada mereka lalu mereka melihatNya; demi Allah! Tidak ada sesuatu yang Allah kurniakan di sukai oleh mereka lebih daripada melihatNya dan tidak ada yang mententeramkan hati mereka lebih daripada itu."

Kisah Nabi Musa ingin melihat Allah
Al-A'raf [143] Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu.
Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu.
Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku

Melihat Allah
Manusia tidak boleh melihat Allah di dunia ini tetapi boleh melihat Allah di hari akhirat, iaitu di dalam syurga
Al-An'am[103] Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata,
Al-Qiyamah [22] Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; [23] Melihat kepada Tuhannya.
Di sana kekuatan mata dan hati sanubari diperkuatkan "power"nya untuk melihat Allah. Apabila Allah memperlihatkan zatnya mulianya, semua ahli syurga terpegun. Ketika itu ahli syurga sedang menikmati hidangan mereka. Lalu Allah memberi Salam, semua ahli syurga terpegun sehingga lupa hidangan yang sedang dinikmati mereka. Di syurga Allah bertanya khabar setiap ahli-ahlinya. Allah mempelawa tiap-tiap ahli syurga makan dan minum. Apa sangat yang mereka makan semasa di dunia dahulu.

No comments: