Salam
Alhamdulillah, majlis berbuka yang dirancang telah berjaya dilaksanakan semalam. Ramai kariah dan ahli keluarga turut serta dalam majlis tersebut. Dengan sokongan para penduduk Islam di sini terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh BKMIE6, sudah tentu memberi semangat para AJK untuk meneruskan pelbagai aktiviti di masa hadapan.
Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Hjh Maimon sekeluarga kerana menyediakan briyani gam yang 'kick'. Begitu juga kepada En Radhwan dan Hj Ismail sekeluarga yang menyediakan air minuman.
Ucapan terima kasih juga kepada kariah yang membawa juadah untuk majlis ini dan En Zamani (seperti biasa khidmat 4-wheel drive nya)..
Bagi pihak AJK, kami mohon maaf atas apa jua kekurangan semasa majlis berlangsung.
Selamat berpuasa dan berterawih
Rahim
AJK BKMIE6
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Feel good......
Alhamdullillah majlis ini dapat diadakan. Alangkah seronoknya jika kami sekeluarga juga dapat bersama-sama seperti tahun lalu. Rindu rasanya kepada kawan-kawan. Salam Ramadhan & selamat menyambut aidil fitri. Yusri sekeluarga. Ex 8JBI5.
Ya maulai dapat la jumpa kawan2 dan beramah mesra, makan2dan buat pahala skit. Bila nak post gambar terbaru, lagicantik2 kan
Post a Comment