Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429 Hijrah

Salam,

Diucapkan Selamat Hari raya Aidil Fitri kepada semua penduduk yang beragama Islam Taman Impian Emas fasa 6. Semoga amalan kita sepanjang Ramadan diterima Allah dan segala kebaikan diteruskan sepanjang tahun.
Bagi memastikan sambutan Hari Raya tahun ini tidak disulami dengan insiden yang tidak diingini, ada beberapa tip yang mungkin membantu kita semua.
1) Pastikan kenderaan untuk perjalanan balik ke kampung/ ke mana jua destinasi telah diperiksa dan berkeadaan baik. Tayar, brek, lampu, enjin adalah antara komponen kenderaan yang mesti diperiksa.
2) Pastikan rumah berkunci dan semua suis elektrik dimatikan (kecuali yang perlu sahaja seperti untuk peti sejuk).
3) Isikan borang 'Rondaan Polis' yang telah diedarkan di surau supaya keselamatan rumah tuan/puan terjamin.
4) Jika ada jiran yang tidak pulang berhari raya (tinggal di taman), minta jasa baik mereka untuk sekali-sekala menjenguk rumah kita.
5) Semasa berada di jalan raya, sentiasa patuhi had laju dan memandu secara berhemah, bak kata pepatah 'Biar lambat, asal selamat'.
6) Dalam keadaan ekonomi yang kurang baik, kawallah perbelanjaan semasa hari raya ini.
7) Jangan biarkan anak-anak kita membeli barangan yang tidak berfaedah seperti mercun, galakkan mereka untuk menyimpan duit raya yang diterima.

Sekian.

Sekali lagi, Badan Kebajikan Masyarakat Islam Taman Impian Emas fasa 6 (BKMIE6) mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.

Rahim
AJK

No comments: