- Dah lama laman blog ni tak dikemaskini. Penulis agak sibuk pada bulan 11 kerana kerap bertugas di luar.
- Untuk makluman, malam tadi, 4 Dis 2008 bertempat di rumah Hjh Maimon, telah diadakan Mesyuarat AJK.
- AJK yg hadir ialah En Yusof (Pengerusi), Hjh Maimon, Hjh Laila (S/U), Cikgu Suhaimi, En Zain, En Zainuddin, En Hasbullah, Cikgu Rahim, En Basir, Dr. Raha, En Rodwan dan saya sendiri. Selain itu, Penghulu Mukim Tebrau dan Ketua Kampung Kempas (Taman kita termasuk jajahan takluknya..hehehe) turut dijemput oleh En Yusof bagi mendapatkan khidmat nasihat mereka.
- Sebelum mesyuarat bermula, kita turut sama berbincang dengan wakil kump. Wirid Khaujakan yg kebetulan ada di rumah Hjh Maimon berkenaan bagaimana program ini boleh diteruskan di taman kita. Walaubagaimanapun, tiada sebarang keputusan berkenaannya dibuat.
- Seterusnya, mesyuarat bersama penghulu dan ketua kampung berkisar kepada status badan kebajikan kita. Penghulu menekankan kepentingan badan kita ini didaftarkan agar kita tidak menghadapi masalah dengan pihak berkuasa.
- Oleh itu, penghulu memberi alternatif samada terus bergerak dibawah nama BKMIE6 dengan mendaftar dengan pejabat pendaftar pertubuhan, atau bernaung dibawah JKKP Kempas ataupun Perpaduan (KRP) Jabatan Perdana Menteri.
- Perkara ini pun belum diputuskan lagi, dan pandangan semua penduduk Islam di sini akan diminta.
- Satu Majlis Sambutan Maal Hijrah akan diadakan pada 28.12.08 di surau kita bermula jam 6 petang. Jamuan akan disediakan. Surat jemputan akan diedarkan minggu hadapan. Semua dijemput hadir agar kehidupan kita di tahun hadapan akan sentiasa mendapat keberkatan Allah SAW.
Wassalam
Rahim
AJK
No comments:
Post a Comment