Monday, September 29, 2008

Momento terawih 1429

Penyampaian sijil dan cenderahati kepada Imam. Kelihatan Mohd Zain (AJK), Azlan (Timb Pengerusi), Imam Fauzi dan Panji Alam.
Khusyuk betul brother kita Hasan.

Solat terawih di surau.





Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429 Hijrah

Salam,

Diucapkan Selamat Hari raya Aidil Fitri kepada semua penduduk yang beragama Islam Taman Impian Emas fasa 6. Semoga amalan kita sepanjang Ramadan diterima Allah dan segala kebaikan diteruskan sepanjang tahun.
Bagi memastikan sambutan Hari Raya tahun ini tidak disulami dengan insiden yang tidak diingini, ada beberapa tip yang mungkin membantu kita semua.
1) Pastikan kenderaan untuk perjalanan balik ke kampung/ ke mana jua destinasi telah diperiksa dan berkeadaan baik. Tayar, brek, lampu, enjin adalah antara komponen kenderaan yang mesti diperiksa.
2) Pastikan rumah berkunci dan semua suis elektrik dimatikan (kecuali yang perlu sahaja seperti untuk peti sejuk).
3) Isikan borang 'Rondaan Polis' yang telah diedarkan di surau supaya keselamatan rumah tuan/puan terjamin.
4) Jika ada jiran yang tidak pulang berhari raya (tinggal di taman), minta jasa baik mereka untuk sekali-sekala menjenguk rumah kita.
5) Semasa berada di jalan raya, sentiasa patuhi had laju dan memandu secara berhemah, bak kata pepatah 'Biar lambat, asal selamat'.
6) Dalam keadaan ekonomi yang kurang baik, kawallah perbelanjaan semasa hari raya ini.
7) Jangan biarkan anak-anak kita membeli barangan yang tidak berfaedah seperti mercun, galakkan mereka untuk menyimpan duit raya yang diterima.

Sekian.

Sekali lagi, Badan Kebajikan Masyarakat Islam Taman Impian Emas fasa 6 (BKMIE6) mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.

Rahim
AJK

Tuesday, September 16, 2008

Suami , isteri dan cermin......

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteriorang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di ataspokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanandi hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buahhutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedangmencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balikcermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk kebilik dan melihat cerminnya.
Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk jebilik tu.. di ternampak cermin suaminya.
Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..
Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak. .
Isteri: Apsal mak ketawa?..Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

Sunday, September 14, 2008

Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai

Salam

Alhamdulillah, majlis berbuka yang dirancang telah berjaya dilaksanakan semalam. Ramai kariah dan ahli keluarga turut serta dalam majlis tersebut. Dengan sokongan para penduduk Islam di sini terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh BKMIE6, sudah tentu memberi semangat para AJK untuk meneruskan pelbagai aktiviti di masa hadapan.
Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Hjh Maimon sekeluarga kerana menyediakan briyani gam yang 'kick'. Begitu juga kepada En Radhwan dan Hj Ismail sekeluarga yang menyediakan air minuman.
Ucapan terima kasih juga kepada kariah yang membawa juadah untuk majlis ini dan En Zamani (seperti biasa khidmat 4-wheel drive nya)..
Bagi pihak AJK, kami mohon maaf atas apa jua kekurangan semasa majlis berlangsung.

Selamat berpuasa dan berterawih

Rahim
AJK BKMIE6

Rakaman Aktiviti Taman

Marhaban dan cukur rambut...Anak Din agaknya
Gambar atas, rakan kita Yusri dah jadi org KL.
Gambar bawah -Barisan Imam.
Majlis Hari Raya terbuka
Azlan memantau persiapan majlis. Para AJK dan anak-anak berselawat

Barisan AJK
Pengerusi En Yusof (baju merah) dan Timbalannya Azlan
Lan dan Uzir berbincang sesuatu........
Majlis Tahlil di surau sementara(khemah)...Alhamdulillah, sekarangnya surau lebih selesa.
Solat Terawih Ramadan 1427 (2006)











Moreh satu ketika dulu......


Monday, September 8, 2008

kadar Zakat 1429


Salam, selamat berzakat.
Rahim
AJK BKMIE6

Saturday, September 6, 2008



Salam,

Contoh resit rasmi taman kita. Tujuan resit dibuat terutama bagi penerimaan bayaran bulanan keahlian BKMIE6. Kos mencetak resit ini ialah RM 150.00 (10 buku, 1 buku/50 keping). Resit ini akan mempunyai no bersiri.

Sekiranya ada jemaah yang boleh mendapatkan harga yg lebih murah, bolehlah hubungi saya, Abd Rahim (012-7586206). Harga tersebut diberikan oleh Annies Printing, Jalan Larkin JB.

Wassalam.

terawih dan moreh

Salam,

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi ruang dan peluang oleh Allah SWT untuk terus menikmati kehidupan di dunia. Dan peluang itu nampaknya dimanfaatkan oleh penduduk taman kita ini dengan bersama-sama solat Terawih secara berjemaah di surau. Sehingga artikel ini ditulis, kita telah sama-sama berjemaah selama 7 malam. Moga keadaan ini akan berterusan hingga hujung Ramadan.
Selain solat, para jemaah juga berpeluang melakukan amal jariah pada Ramadan ini dengan menyediakan Moreh. Semoga keikhlasan para jemaah dalam menyediakan Moreh ini akan diberkati dan mendapat balasan yang baik dari Allah, InsyaAllah.
Sekadar ingatan, pada hari Sabtu 13 Sept, akan diadakan Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai di surau. Majlis akan bermula pada jam 6.20 ptg, dimulai dengan bacaan Yasiin dan Tahlil Arwah. Oleh itu, diminta para jemaah untuk mengembalikan borang (Borang nama-nama untuk disedekahkan) yang telah diisi kepada AJK BKMIE6.

Terima kasih. Wassalam

Abd Rahim
AJK BKMIE6
#24-24