Monday, July 13, 2009

Hari keluarga 2009


Salam semua,




  • Alhamdullillah, sambutan hari keluarga bagi taman kita yang berlangsung semalam telah berjaya diadakan.


  • Walaupun hujan turun awal pagi, ia tidak melenturkan semangat semua yang terlibat, AJK dan juga peserta.


  • Terima kasih kepada semua dermawan, penyumbang samada baju, hadiah cabutan bertuah dan lain-lain. Semoga rezeki anda semua akan bertambah, InsyaAllah.


  • Terima kasih atas semua yang terlibat secara langsung dengan sambutan kali ini.


  • Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian. Pendaftaran rasmi untuk hari keluarga ini adalah sebanyak 52 keluarga, walaupun tidak semua yang mendaftar dapat hadir.


  • Secara keseluruhannya, acara berjalan dengan lancar. Semua peringkat usia dapat peluang untuk bersama-sama dalam acara sukaneka.


  • AJK ingin emohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam apa jua perkara pada sambutan kali ini. Kami sentiasa akan membaikinya untuk acara yang akan datang.


  • Harapan AJK adalah agar semua penduduk Islam di Taman Impian Emas Impian Utara ini dapat terus menyokong semua program yang diatur. Semuanya adalah untuk kebaikan kita semua.


  • Wassalam.


No comments: