Monday, July 30, 2012

Aktiviti bulan ramadhan@.Bertadarus

Bagi sesiapa yang berkelapangan masa dapatlah kiranya Bersama-samalah kita melapangan masa untuk bertadus al-quran bersama-sama.Moga kita mendapat barakah bersama-sama.Amin.

Bubur Lambuk Kembali lagi 2012

Alhamdulilah tahun ini pihak jawatankuasa telah sebulat suara bersetuju untuk meneruskan membuat bubur lambuk untuk taman impian emas fasa 6 yang diketuai oleh tuan hj abdul bersama isterinya puan zaidah.Sesiapa yang berkelapangan masa boleh datang ke surau untuk bergotong-royong untuk menjayakannya.

Tuan hj yusuf telah dimasukan hopital.

Dukacita dimaklumkan bahawa tuan pengerusi badan kebajikan taman impian emas Tuan haji yusuf telah dimasukan ke hospital pakar puteri kerana mengalami tekanan darah rendah. Sesiapa yang berkelapangan bolehlah menziarahi beliau. Mudah-mudahan beliau segera sembuh.insyallah. Setiap kejadian ada hikmahnya.

Projek pembinaan gelanggang futsal di taman permainan Fasa 6A.

Monday, July 2, 2012

Assalamualaikum. w.b.t Untuk maklumat muslimin dan muslimat semua pada 04/07/2012 hari rabu malam khamis ini pihak surau ada menganjurkan majlis bacaan yassin bulan nisfu syaban.Harap semua muslimin dan muslimat dapat meluangkan masa. Sekadar renungan bersama.- Sekarang dah masuk bulan sya'ban dan malam nifsyu sya'ban jatuhnya pada 5 julai malam jumaat ( hari tutupnya buku amalan kita setahun )Jadi sebelum terlambat marilah kita memohon maaf kalau ada salah yang disengajakan atau tidak sengajakan kerana NABI MUHAMMAD pernah bersabda " barang sesiapa yang megingatkan kedatangan bulan ini , Haram Api Neraka baginya : Jadi marilah kita semua mengambil kesempatan ini untuk saling ingat mengingati satu sama lain.Insyallah. amin.