Sunday, February 15, 2009

Kedai

Salam,

Terdapat beberapa kedai telah dibuka di sekitar fasa 6 untuk kemudahan kita, iaitu,

1. Kedai runcit di deretan rumah kedai.
2. Kedai makan (2 unit).
3. Kedai jahit.
4. Kontraktor mekanikal dan elektrikal.

2, 3 dan 4 berada di bangunan pasar Impian Emas.

5. Marilah sama-sama kita menyokong perniagaan mereka.

Wassalam

Ceramah Palestine

Salam sejahtera semua,

1. Alhamdullilah, majlis ceramah tersebut telah berjaya diadakan malam tadi 14 Feb 2009 di surau kita.
2. Ceramah yang diadakan memang membuka minda dan mata kita tentang isu sebenar perjuangan rakyat Palestine.
3. Penceramah telah menggariskan beberapa perkara yang patut diketahui oleh kita iaitu,
a) Dapatkan maklumat/ berita sebenar berkenaan palestine dan tidak mudah terpengaruh dan mempercayai dakyah/ propaganda musuh.
b) Pejuang di Palestine adalah sudara seagama kita, maka kita patut menyokong dan membantu mereka sepanjang masa, samada dalam bentuk doa mahupun kewangan.
c) Perjuangan rakyat Palestine adalah mewakili kita semua Islam kerana mereka mempertahankan Masjid suci ke-3 iaitu Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam.
4. Kutipan sumbangan yang berjaya dikumpul ialah sebanyak RM 2755.75 (betulkan jika silap).
5. Jika anda mahu pihak JIM untuk berceramah di tempat tuan/puan, bolehlah berhubung dengan penceramah (Prof Madya Dr Omar Yaakob), omar.yaakob@gmail.com.
6. Diharap program-program diatur untuk masyarakat f6 akan mendapat sambutan yang lebih baik pada masa yang akan datang.
7. Terima kasih atas kehadiran semua dan sumbangan kuih muih. Tak lupa kepada Hj Ismail dan Rodhwan atas penyediaan minuman.

Terima kasih.Wassalam.

Rahim
AJK BKMIE6

Sunday, February 1, 2009

Majlis Ceramah Palestine

Salam,

1. Satu ceramah berkenaan Palestine akan diadakan pada Sabtu 14 Feb 2009 bertempat di Surau Fasa 6, Tmn Impian Emas.

2. Majlis akan dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah.

3. Satu kutipan sumbangan untuk tabung rakyat Palestine akan dibuat semasa majlis berlangsung. Diharap para hadirin dapat menyumbang seikhlasnya bagi meringankan kesusahan yang dihadapi rakyat Palestine.

4. Mohon juga para hadirin untuk membawa sepiring kuih-muih untuk jamuan ringan. Air minuman akan disediakan oleh badan kebajikan (BKMIE6).

5. Ceramah turut dimuatkan paparan audio-visual berkenaan isu yang disampaikan.

6. BKMIE6 menyeru semua untuk sama-sama hadir bagi menunjukkan sokongan ke atas perjuangan rakyat Palestine.

Wassalam.

Rahim
AJK BKMIE6